Wednesday, February 10, 2010

93% Rakyat Perak Bantah Keputusan Mahkamah


Mengikut bancian Sinar Harian edisi hari ini (11 Februari 2010), 93% tidak bersetuju (setakat jam 11.25am) mengenai keputusan Mahkamah mengisytiharkan Datuk Seri Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang sah. Inilah realiti sebenar perasaan warga Perak dengan memberikan protes yang cukup panas melalui Sinar Harian.

Dengan ini rata-rata warga Perak dari pelbagai bangsa sudah tidak lagi memberikan kenyakinan mereka di atas kredibeliti mahkamah yang dilihat menjadi "kuda tungganggan" kepada pemimpin politik yang kini sedang berkuasa.

Kebanyakan warga Perak menuntut agar diadakan Pilihanraya kecil di tiga DUN yang melompat ini, untuk melihat siapa sebenarnya yang menjadi pilihan rakyat untuk mentadbir Negeri Perak.

Sumber:
http://sendiri-mau-ingatlah.blogspot.com
http://www.sinarharian.com.my

No comments:

Post a Comment