Friday, November 5, 2010

Labuan selepas 26 tahun... Hak dan Keistimewaan sebagai sebuah Wilayah

Sudah 26 tahun Labuan menjadi Wilayah Persekutuan…walaubagaimanapun kemajuan di Labuan jauh ketinggalan berbanding Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya…apakah punca Labuan lambat untuk membangun dari segi ekonomi,insfratruktur dan sosial? kita semacam di anak tirikan. Saya percaya masa tidak akan dapat mengubahnya kerana jurang ini dilihat semakin jauh dari hari ke hari.

Tidak dinafikan memang ada projek-projek yang dibuat tetapi persolannya adakan projek-projek itu menepati utk pembangunan Labuan dan berfaedah kepada rakyat labuan dari segi meninggkatkan ekonomi setempat….

Industri berat seperti yang dinyatakan diatas i.e. oil & gas ini adalah cetusan idea mantan Ketua Menteri Sabah Datuk Haris Salleh yang mahu melihat pembangunan Labuan berbeza daripada pembangun ditempat-tempat lain. Beliau sebagai anakjati Labuan mahu melihat Labuan maju dengan industri-industri yang dirancang oleh beliau (selain oil & gas, sabah shipyard diujudkan) dan banyak lagi. Saya rasa labuan harus mempunyai seorang pecentus idea seperti beilau, yang berani membuat dasar dan melaksanakannya (seperti pembangunan Langkawi yang sentiasa dipantau oleh mantan PM Tun Dr.M)

Apa pembangunan yang telah dibuat selepas beliau( D.HARIS) di Labuan ini yang akan menjadi buah mulut anak2 kita pada 10 tahun yang akan datag – PENJARA??? ESPLANADE?? Apa economic return yang akan diperolehi untuk jangka masa panjang. Mungkin dari segi pembangunannya ia tidak dinafikan kontrktor2 di Labuan boleh mendapt kesannya – main contractor atau sub contractor???? Sesuatu yang pasti…..

Apa yang penting orang yang di pertanggungjawab kan untuk membangun Labuan mestilah terdiri dari orang tempatan yang ikhlas ingin melihat Labuan membangun setara dengan negeri negeri lain di Malaysia.

Apa yang jelas kita lihat pada hari ini hampir semua pengarah pengarah, CEO dan pegawai pegawai senior adalah terdiri dari mereka yang bukan berasal dari Labuan atau Sabah. Lebih menyedihkan lagi, sebahagian besar jawatan kerani dan juruteknik di jabatan kerajaan Labuan adalah terdiri dari bukan rakyat tempatan. Keadaan yang sama berlaku di syarikat Oil n Gas yang tumbuh bagai cendawan bilamana jawatan pembantu store juga terpaksa di import dari Semenanjung. Kita tidak mempertikaikan jawatan seperti enginear, operation officer atau jawatan professional yang lain dalam syarikat ini kerena kita harus mengakui akan kekurangan anak tempatan yang berkelayakan dalam bidang tersebut.

Terlalu sukar untuk Labuan mambangun ke tahap yang kita inginkan selagi anak tempatan tidak di beri peluang untuk mengurus tadbir W.P Labuan. Tidak di nafikan ramai yang memandang rendah kepada kebolehan orang tempatan walaupun kita ada ramai pakar dan yang berpengalaman yang bersedia memikul tanggungjawab ini.

Mereka yang di amanahkan untuk mengurus tadbir Labuan pada hari ini adalah terdiri dari mereka yang tidak mempunyai pertalian erat dengan Labuan itu sendiri, tidak memahami sentiment penduduk tempatan dan tidak committed untuk melihat perubahan atau pembangunan kerena mereka hanya bertugas disini untuk beberapa tahun sebelum digantikan oleh orang lain. Apa yang mereka lakukan hanya sekadar seperti melepaskan batuk di tangga.

Yang penting biarlah orang Labuan tu boleh di beri peluang untuk mentadbir urus tanah airnya sendiri. Selama 26 tahun rasanya boleh dikatakan usia yg matang. Banyak pengalaman yang sudah di timba. Dalam masa yang sama banyak juga generasi2 Labuan mempunyai pendidikan yang baik. Jika 26 tahun masih belum mampu untuk kita berdikari, sampai bilakah kita harus berada di bawah telunjuk orang lain?

Selain Labuan,ada dua lagi wilayah persekutuan iaitu KL dan Putrajaya. Saya yakin dan percaya kedua2 wilayah itu di tadbir oleh anak jati nya sendiri. Begitu jugalah yang kita mahu ada pada Labuan. Dalam hal ini Sabah di lihat antara org yang paling dekat dengan kita dan tidak ada salahnya jika mereka di beri peluang mentadbir atau tunjuk ajar kepada bakal pemimpin tempatan

Apa yang jelas suara penduduk tempatan pada hari ini tidak cukup lantang untuk dipertimbangkan pemimpin atasan, kalau bersuara pun harus melalui proxy proxy tertentu .

Sedar tak sedar kita (Labuan) sudahpun berada ada selama 26thn dlm Wilayah Persekutuan dan Putrajaya baru 6thn … tetapi pembangunan yang pesat dan tumpuan yang diberikan di Putrajaya lebih jauh baik daripada Labuan…

sebagai Wilayah Perskutuan, Kuala Lumpur telahpun terkenal sebagi Pusat Perniagaan dan Putrjaya sebagai Pusat Pentadbiran, …. Labuan pula sebagai pusat apa??? Mungkin Pelacuran kerena terdapat 600-700 GRO berdaftar di lebih 50 pusat hiburan di Labuan……

Wednesday, September 8, 2010

Felcra: PAS belum dedah, UMNO-BN sudah cemas

Sumber: HarakahDaily.Net

KUALA LUMPUR, 7 Sept: Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat, Mazlan Aliman menafikan dakwaan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir bahawa pihaknya sedang mengedarkan risalah berunsur fitnah terhadap Felcra di kawasan penempatan peneroka.

Mazlan juga menyangkal dakwaan Zambry bahawa pihaknya sengaja membuat tohmahan terhadap Felcra bertujuan menimbulkan kebencian peneroka terhadap Umno Barisan Nasional (BN) sebaliknya menegaskan mereka mempunyai bukti yang kuat untuk didedahkan.

"Kalau mereka kata kita sengaja membuat fitnah dan tohmahan terhadap Felcra, sebenarnya saya sudah tegaskan beberapa kali kita punyai bukti dan selepas hari raya ini kita akan mendedahkan secara bersiri bukti-bukti yang ada pada kita," katanya.

Dalam satu majlis di Sitiawan semalam, Zambry 'menasihati' peserta rancangan Felcra supaya tidak mudah terpengaruh dengan pelbagai 'dakyah dan tohmahan' terhadap Felcra yang didakwa giat dijalankan oleh PAS.

Sebelum ini, Pengerusi Felcra Bhd, Datuk Tajuddin Abdul Rahman juga mendakwa PAS kini giat melancarkan "perang saraf" terhadap Felcra termasuk mengedarkan pelbagai risalah yang memburukkan agensi itu ke seluruh tanah rancangan Felcra.

Tambah Mazlan juga, pemimpin Umno BN termasuk Tajuddin mula cemas dengan pendedahan yang dibuat pihaknya setelah melihat kejayaan Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) membuat pendedahan mengenai Felda.

"Saya berpendapat bahawa bila kita mula dedahkan isu Felcra mereka rasa cemas sebab mereka tahu berdasarkan pengalaman kita dedahkan isu Felda yang membangkitkan gelombang di kalangan rakyat.

"Mereka takut akan hadapi nasib yang sama dengan Felda dan bimbang segala penyelewengan yang dilakukan akan terbongkar," katanya lagi.

Ujarnya, Umno BN tidak perlu takut berhadapan dengan tuduhan jika mereka tidak bersalah.

"Mereka tdak perlu bimbang jika tidak melakukan apa-apa kesalahan tapi bila mereka rasa bimbang saya kira isu ini mendapat tempat yang istimewa sama ada pada Menteri Kemajuan Luar bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal, Tajuddin sendiri dan Zambry melatah kerana Felcra paling banyak di Perak," ujarnya yang juga pengerusi Anak.

Sementara itu, mengulas mengenai penubuhan satu lagi NGO iaitu Badan Bertindak Warga Felcra atau singkatannya (Bapa), Mazlan memberitahu, ianya akan dilancarkan secara rasmi selepas hari raya nanti.

Pengerusi penaja NGO itu akan diamanahkan kepada Yang Dipertua PAS Lenggong, Razman Zakaria manakala ahli jawatankuasa dan pengerusi NGO itu akan diserahkan kepada peserta Felcra sendiri.

"Selepas pelancaran Bapa kita akan mulakan siri pendedahan kita untuk kita buktikan apa yang kita cakap ini benar.

"Tajuddin pernah cakap ini rekaan semata-mata tapi saya tegaskan ini bukan rekaan dan kita ada bukti dan akan dedahkan satu demi satu," katanya.

Penubuhan Bapa adalah hasil himpunan warga Felcra di Changkat Lada, Perak pada 31 Julai lalu.